*****LATAR BELAKANG KELAB KPKK*****
|
Kementerian telah menubuhkan Kelab Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KELAB KPKK) secara rasminya dengan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang berkuatkuasa bermula 4 April 2011 bagi menggantikan KELAB KEMPEN.
Mengikut Undang-undang, KELAB KPKK akan diterajui oleh 2 Jawatankuasa ex-officio (secara automatik) dan Ahli Jawatankuasa Kelab yang akan dilantik melalui pemilihan. 2 jawatan ex-officio akan dilantik secara automatik iaitu Penaung Kelab KPKK yang dipegang oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan Penasihat Kelab KPKK dipegang oleh Ketua Setiausaha KPKK. Lain-lain jawatan Ahli Jawatankuasa Kelab adalah dilantik secara pemilihan iaitu bagi jawatan Yang DiPertua, Naib Yang DiPertua, Setiausaha Kehormat, Penolong Setiausaha Kehormat, Bendahari, Penolong Bendahari Pemeriksa Kira-kira I, Pemeriksa Kira-kira II, Biro Sukan, Biro Kebudayaan dan Kesenian, Biro Sosial dan Lawatan, Biro Kebajikan, Biro Wanita dan Biro Komunikasi dan Perantara.
Pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian juga telah mewajibkan semua Pegawai dan Kakitangan Warga Kementerian dan Jabatan Penyiaran Malaysia menjadi ahli kelab. Warga KPKK yang lain di bawah Jabatan dan Agensi adalah digalakkan untuk menjadi Ahli KELAB KPKK memandangkan Jabatan dan Agensi ini telah mempunyai Kelab Sukan dan Rekreasi masing-masing.
Mengikut Undang-Undang KELAB KPKK, yuran telah ditetapkan kadar RM 20.00 seorang yang merupakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM 10.00 dan Yuran Keahlian RM 10.00. Bayaran ini merupakan bayaran sekali sahaja sepanjang tempoh pegawai / kakitangan berkhidmat di KPKK.
|












