Carian 
 Saiz Teks  saiz kecil saiz biasa saiz besar  Pilihan Warna   color color color   Kurang Upaya W3C kurang upaya Pilihan Bahasa
Bahasa Lain   
 
BAHAGIAN / UNIT


Piagam Pelanggan
h_aduan
Penerbitan KPKK
imej garisan
PENGURUSAN / BHG. KEWANGAN

Bhg. Kewangan

E-mail Cetak PDF  Hit : 7949

DR. ONG GUA PAK
Setiausaha Bahagian
Bahagian Kewangan
Aras 2, Blok B Kompleks Bangunan Sultan Abdul Samad
Jalan Raja

50460 Kuala Lumpur

Tel : 03-26127333
Faks : 03-26912379

CARTA ORGANISASI

co_kewangan_bm2012

Klik di sini untuk paparan lebih jelas


 

Latar Belakang Bahagian Kewangan

Sejarah awal Bahagian Kewangan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Penerangan bermula tahun 2002 selaras dengan dasar disentralisasi Kementerian Penerangan pada masa itu, jabatan-jabatan di bawah Kementerian telah diberikan tanggungjawab untuk menguruskan sendiri hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan kewangan. Sebahagian daripada perjawatan dan anggota yang dahulunya berada di bawah Bahagian Kewangan telah dipindahkan ke jabatan-jabatan berkaitan di samping pengwujudan beberapa jawatan baru melalui proses penyusunan semula organisasi Kementerian dan jabatan-jabatan di bawah Kementerian.

Bahagian Kewangan pada awalnya mempunyai enam (6) cawangan utama iaitu:-

  1. Cawangan Belanjawan
  2. Cawangan Pengurusan Perolehan
  3. Cawangan Perdagangan
  4. Cawangan Pembangunan
  5. Cawangan Akaun (JMS)
  6. Cawangan Akaun (PTJ)

Namun demikian, dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan di Kementerian Penerangan, mulai suku tahun ketiga 2006 Cawangan Akaun JMS [sekarang Bahagian Akaun (JMS)] telah dinaik taraf sebagai sebuah Bahagian yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada pemprosesan dan pengeluaran cek-cek bagi menjelaskan semua pembayaran di bawah tanggungjawab Kementerian dan Jabatan.

Berikutan dengan penstrukturan semula kabinet selari dengan perlantikan YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak sebagai Perdana Menteri pada 9 April 2009 di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, Kementerian Penerangan kini dikenali sebagai Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) yang menggabungkan tiga portfolio Kementerian sebelum ini iaitu 'PENERANGAN' daripada Kementerian Penerangan, 'KOMUNIKASI' daripada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dan 'KEBUDAYAAN' daripada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Sehubungan itu, Cawangan Pembangunan dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan bajet pembangunan di Kementerian ini telah dinaik taraf sebagai sebuah Bahagian.

Pada masa ini, Bahagian Kewangan mempunyai seramai 129 orang anggota yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian (PTD JUSA C) dan dibantu oleh tiga orang Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) Gred M48 dan seorang Akauntan Gred W48. Bahagian Kewangan mempunyai empat (4) cawangan utama iaitu:

  1. Cawangan Belanjawan
  2. Cawangan Pengurusan Perolehan
  3. Cawangan Perdagangan
  4. Cawangan Pengurusan Kewangan
Visi

Menjadi agensi pengurusan kewangan yang cekap, berkesan dan berhemah dalam mencapai matlamat Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Misi

Memastikan semua urusan kewangan yang dilaksanakan mematuhi tatacara kewangan dan menepati sasaran.

Objektif

Memberi bantuan khidmat nasihat dan sokongan dalam pengurusan kewangan kerajaan di peringkat Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Fungsi Utama

  1. Mengurus segala hal ehwal belanjawan mengurus Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan mengikut peraturan kewangan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dengan cara paling cekap, ekonomi dan berkesan.
  2. Menguruskan Perolehan melebihi RM500,000.00 bagi Kementerian dan Jabatan di bawah peruntukan Akaun Belanja Mengurus dan Peruntukan Pembangunan.
  3. Menguruskan segala urusan pembayaran dan penyelenggaraan akaun.
  4. Menguruskan terimaan/hasil daripada jualan masa siaran iklan radio dan televisyen.
  5. Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA).

Piagam Pelanggan

  1. Permohonan pinjaman kenderaan dan komputer diproses dalam tempoh 1 hari.
  2. Pesanan Tempatan (LO) dikeluarkan kurang dari 3 hari.
  3. Semua baucar bayaran akan diproses dalam tempoh kurang dari 3 hari.
  4. Pindah peruntukan diluluskan dalam tempoh 3 hari.
  5. Perjanjian kontrak ditandatangani dalam tempoh 4 bulan.

 

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 31 Mei 2012 13:00 )  
footer