Carian 
 Saiz Teks  saiz kecil saiz biasa saiz besar  Pilihan Warna   color color color   Kurang Upaya W3C kurang upaya Pilihan Bahasa
Bahasa Lain   
 


Piagam Pelanggan
h_aduan
Penerbitan KPKK
imej garisan
KERATAN AKHBAR / BERNAMA / Bernama : 28 Mac 2011 : Pertandingan Cipta Pantun 1Malaysia Mengangkat Martabat Seni Pantun

Bernama : 28 Mac 2011 : Pertandingan Cipta Pantun 1Malaysia Mengangkat Martabat Seni Pantun

E-mail Cetak PDF  Hit : 2742

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Pertandingan Cipta Pantun 1Malaysia dilihat mampu mengangkat martabat seni pantun di samping menambah lagi koleksi pantun negara, kata Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Datuk Norliza Rofli.



Beliau berkata pertandingan anjuran stesen radio Klasik Nasional dengan kerjasama JKKN itu juga dapat membantu menyemarakkan semangat kekitaan di samping memperkasa jati diri di kalangan rakyat Malaysia.



"JKKN sedia memberi komitmen kepada Klasik Nasional khususnya dan RTM amnya dalam merangka pelbagai program yang mengangkat martabat seni dan budaya Malaysia, dan amalan berpantun ini juga patut dijadikan amalan masyarakat terutamanya golongan muda," katanya ketika berucap di majlis penyampaian hadiah pertandingan itu di sini Isnin.



Beliau berharap pertandingan itu dapat diteruskan memandangkan sambutan yang diberikan peserta terhadap pertandingan tersebut amat menggalakkan apabila ia disertai seramai 600 peserta dari seluruh Malaysia berusia antara 17 hingga 60 tahun.



Pada majlis itu juga Norliza melancarkan 'Buku Poket Himpunan Pantun 1Malaysia' dari tahun 2009 hingga 2010, yang dihasilkan khusus untuk menjadi rujukan pantas dan mudah bagi orang ramai.



Pertandingan yang bertemakan 'Budaya Pusaka Bangsa' ini diadakan dari 1 Mac hingga 31 Mei tahun lepas yang mana johan bagi pertandingan itu mendapat RM3,000 beserta sijil dan cenderahati, naib johan membawa pulang RM2,000 beserta sijil dan cenderahati, manakala pemenang tempat ketiga membawa pulang RM1,000 beserta sijil dan cenderahati.



Juara pertandingan, Mustami Abdul, 48, berkata pertandingan itu wajar diteruskan pada masa akan datang kerana melalui pertandingan seumpamanya masyarakat dapat menunjukkan bakat mereka dalam mencipta pantun.



Beliau yang merupakan guru Sekolah Menengah Datuk Undang Musa, Jelebu, berkata pertandingan itu jelas memancarkan semangat 1Malaysia, di mana pelbagai kaum dapat menyertainya dan ia juga dapat memupuk minat generasi muda untuk menghayati seni pantun Melayu.





-- BERNAMA

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 01 April 2011 11:04 )  
footer