Search 
 Font Size   Color Scheme        W3C Disability Accessibility  Language Selection
Other Language   
 


Piagam Pelanggan
h_aduan
h_perkhidmatan
Pautan Pantas
Penerbitan KPKK
h_koleksi
h_web_en
Latest News / Bernama : 12 Julai 2010 : Penduduk Luar Bandar Dilatih Guna ICT

Bernama : 12 Julai 2010 : Penduduk Luar Bandar Dilatih Guna ICT

E-mail Print PDF  Hit : 77

MELAKA, 12 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan memastikan pembangunan infrasruktur untuk kemudahan jalur lebar di kawasan luar bandar dan pedalaman berkembang seiring dengan modal insan yang menjadi pengajar kepada penduduk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).



Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata langkah itu penting dalam memastikan penduduk dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan jalur lebar itu.



Pusat Internet Desa dan Pusat Jalur Lebar Komuniti, adalah antara kemudahan yang disediakan kerajaan untuk penduduk luar bandar belajar mengakses kemudahan ICT seperti menyediakan laman web dan melayari internet, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Antarabangsa Komunikasi Jalur Lebar 2010 pada hari Isnin.



Turut hadir pada simposium anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Datuk Yaakub Md Amin dan Naib Canselor UTeM Prof Datuk Ahmad Yusoff Hassan.



Salang berkata masih banyak kawasan luar bandar dan pedalaman belum disediakan dengan kemudahan jalur lebar berbanding kawasan bandar yang pencapaiannya baik termasuk jalur lebar berkelajuan tinggi.



Beliau berkata situasi itu berlaku kerana syarikat telekomunikasi berpendapat pelaburan mereka di kawasan berkenaan kurang menguntungkan berbanding kawasan bandar yang mempunyai ramai penduduk.



"Oleh itu, kerajaan menggunakan Dana Perkhidmatan Sejagat untuk membiayai pembangunan infrastruktur yang diperlukan di kawasan luar bandar dan pedalaman," katanya.



Salang berkata kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mewujudkan lebih banyak pusat Jalur Lebar Komuniti di kawasan luar bandar di seluruh negara.



Setakat ini, kewujudan pusat berkenaan mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk termasuk usahawan kecil yang berjaya mencipta laman web sendiri untuk memasarkan produk melalui internet, katanya.



-- BERNAMA

Last Updated ( Wednesday, 25 August 2010 02:32 )  
.