Search 
 Font Size   Color Scheme        W3C Disability Accessibility  Language Selection
Other Language   
 

Bhg. Pelesenan Dan Penguatkuasaan

SHUKRAN BIN IBRAHIM
Setiausaha Bahagian
Tingkat 30, Menara TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail
50694 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-26127600
No. Faks: 03-26935114


Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan memberikan perkhidmatan :

* pelesenan bagi aktiviti-aktiviti perfileman seperti pengeluaran, pengedaran dan pemameran.
* menguatkuasakan peruntukan undang-undang mengenainya
* memproses permohonan penggambaran filem dan persembahan artis luar negara

Fungsi pelesenan dan penguatkuasaan ini diambilalih daripada FINAS dan beroperasi mulai 16/01/2006. Sementara itu, pindaan terhadap undang-undang FINAS sedang diusahakan bagi menyempurnakan sepenuhnya pelaksanaan kedua-dua fungsi ini oleh KPKKW.

Urusan permohonan penggambaran filem dan persembahan artis luar negara dilaksanakan oleh sebuah jentera pentadbiran iaitu Jawatankuasa PUSPAL. "PUSPAL" bermakna Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara.

Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan juga mempunyai pejabat-pejabat Wilayah di Bukit Mertajam (Wilayah Utara), Johor Bahru (Wilayah Selatan), Shah Alam (Wilayah Tengah), Kuantan (Wilayah Timur), Kuching dan Kota Kinabalu.

OBJEKTIF

a) Membuat keputusan segera terhadap permohonan pelbagai jenis persembahan hiburan dan promosi oleh artis luar negara
b) Memproses permohonan perakuan bagi pengecualian duti hiburan persembahan seni budaya daripada syarikat tempatan dan asing.
c) Memproses permohonan perakuan bagi pengecualian cukai pegangan bagi artis luar negara
d) Mengeluarkan lesen-lesen aktiviti perfileman kepada pengusaha filem, memungut bayaran filem dan menguatkuasakan peruntukan undang-undang seperti pemeriksaan, penggeledahan, rampasan, eksibit, pengkompaunan, soal siasat dan dakwaan di mahkamah

FUNGSI

a) Berperanan sebagai agensi pusat bagi memproses dan memberi kelulusan segera kepada permohonan penggambaran filem dan persembahan artis luar negara di Malaysia dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya
b) Mengawalselia, menyelaras dan memantau aktiviti-aktiviti pengeluaran, pengedaran dan pemameran filem di Malaysia.

Alamat:

Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan
Kementerian Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan
Aras 30, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50694 Kuala Lumpur
Tel: 03-26127600 (Talian Umum)
Faks: 03-26985264

Kepatuhan kepada Garis Panduan PUSPAL

Semua kelulusan persembahan artis luar Negara dan penggambaran filem asing di Malaysia adalah tertakluk kepada Garis Panduan PUSPAL. Buku garis panduan ini adalah percuma dan boleh didapati daripada Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan KPKKW atau daripada pejabat-pejabat wilayah seperti berikut :

* Bukit Mertajam - Tel : 04 5372425
* Johor Bahru - Tel : 07 3538870
* Kota Kinabalu - Tel : 088 233252Kuching - Tel : 082 255118 / 259576