Carian 
 Saiz Teks   Pilihan Warna        Kurang Upaya W3C  Pilihan Bahasa
Bahasa Lain   
 

Bhg. Khidmat Pengurusan

MOHD NADZIR DON
Setiausaha Bahagian
Tingkat 7, Wisma TV, Angkasapuri
50610 Kuala Lumpur
Tel : 03-22821103
Faks : 03-22827146

carta_admin_bm
Klik di sini untuk paparan lebih jelas

 
1.
LATAR BELAKANG BAHAGIAN

Pada 1 Julai 1961 Kementerian Penerangan dan Penyiaran telah ditubuhkan dan diletakkan di bawah tanggungjawab Perdana Menteri pada ketika itu iaitu yang teramat mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

Dengan tertubuhnya Kementerian Penerangan maka wujudnya Bahagian Khidmat Pengurusan di mana fungsi utama Bahagian ini adalah menyediakan Khidmat Sokongan kepada semua bahagian di dalam Kementerian dan semua Jabatan serta Agensi di bawahnya.

Kementerian Penerangan kini dikenali sebagai Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan (KPKK). KPKK merupakan sebuah kementerian yang menggabungkan tiga portfolio kementerian sebelum ini iaitu 'PENERANGAN' daripada Kementerian Penerangan, 'KOMUNIKASI' daripada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dan 'KEBUDAYAAN' daripada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Penggabungan ini adalah berikutan dengan penstrukturan semula kabinet selari dengan pelantikan YAB Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdui Razak sebagai Perdana Menteri Ke-6 pada 3 April 2009. Penstrukturan semula semua kabinet telah diumumkan pada 9 April 2009 di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. Kini kementerian ini telah dibahagi kepada 3 sektor iaitu sektor penerangan, sektor komunikasi dan juga sektor kebudayaan. Jabatan dan agensi dari kementerian sebelum ini telah diletakkan di bawah KPKK. Bahagian-bahagian sokongan pula berada di bawah Bahagian Pengurusan Kementerian.

2. VISI
Menjadi peneraju utama gagasan 1 Malaysia berteraskan Rukun Negara bagi mewujudkan sebuah negara bangsa melalui wadah penerangan, komunikasi dan kebudayaan.
3. MISI

bulletkhutbah.gif

Meningkat dan mengukuhkan perpaduan dan keharmonian rakyat berteraskan Rukun Negara melalui khidmat dan aktiviti penerangan, komunikasi dan kebudayaan;
bulletkhutbah.gif
Membangun, menyemarak dan merakyatkan seni budaya dan warisan menerusi penerangan dan komunikasi;
bulletkhutbah.gif
Membangun dan memperkasakan industri komunikasi negara; dan
bulletkhutbah.gif
Menjana ekonomi negara melalui industri kreatif.
4. OBJEKTIF

 

bulletkhutbah.gif

Memberi bantuan khidmat sokongan dalam semua bidang pengurusan, pentadbiran dan keselamatan Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia supaya semua aktiviti Kementerian dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan berkualiti.
bulletkhutbah.gif
Memastikan kemudahan logistik sentiasa di tahap cemerlang dan selamat digunakan.

 

bulletkhutbah.gif

Mengawasi semua urusan inventori, stor dan pelupusan semua jenis harta modal selaras dengan peruntukan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.
5. FUNGSI DAN PERANAN
Bahagian Khidmat Pengurusan bertanggungjawab dalam menguruskan aspek pentadbiran seperti keselamatan, penyelenggaraan dan keperluan logistik untuk bahagian-bahagian di dalam Kementerian dan Jabatan serta Agensi di bawahnya. Cawangan Utama dan unit dibawahnya adalah :
5.1
CAWANGAN PENTADBIRAN
5.1.1 Fungsi Unit Pentadbiran/Kewangan/Lawatan Keluar Negara

 

 

 

a) Urusan pos
b) Urusan fail rahsia/sulit/terbuka
c) Urusan surat menyurat terbuka/terperingkat
d) Urusan mesyuarat
e) Urusan sewaan kantin, kedai serbaguna dan mesin ATM
f) Urusan sewaan tapak promosi dan pungutan hasil
g) Urusan panjar wang runcit

h) Bayaran bil-bil
i) Urusan Anggaran Belanjawan Mengurus
j) Waran Perjalanan Udara
k) Menguruskan Permohonan Ke Luar Negara
l) Penyediaan Laporan selepas menghadiri Lawatan/Mesyuarat/Seminar

5.1.2 Fungsi Unit Majlis Rasmi/Kualiti

 

 

 

a) Urusan penyertaan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan pada sambutan Maal Hijrah / Maulidur Rasul / Hari Pekerja dan Hari Kebangsaan
b) Perhimpunan Bulanan
c) Urusan Mesyuarat
d) Urusan Manual Prosedur Kerja/Fail Meja
e) Sistem Star Rating
f) Key Performance Indicator (KPI)
g) Hari Kualiti
h) Urusan Peningkatan Kualiti
i) Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan dan Jawatankuasa Mengurangkan Karenah Birokrasi

5.1.3
Fungsi Penyelenggaraan

 

 

 

a) Pembaikan Bangunan / Kawasan Kompleks
b) Pembersihan / Penyelenggaraan lanskap / Kawasan Kompleks Angkasapuri / Menara PKNS / BSAS
c) Urusan penyewaan dan penempatan ruang pejabat
d) Urusan tempahan kenderaan

5.1.4
Fungsi Unit Pengurusan Aset/Hartanah

 

 

 

a) Penerimaan dan Pendaftaran Aset
b) Pemeriksaan Aset
c) Urusetia Verifikasi Stok
d) Pelupusan
e) Penyelenggaraan Aset
f) Urusan Kehilangan dan Hapus Kira
g) Sewaan / Lanjutan Ruang Pejabat
h) Urusan Inventori dan Keselamatan Tanah
i) Penyewaan Tanah Persekutuan Oleh Orang Perseorangan, Perbadanan dan Syarikat
j) Tukarguna Tanah
k) Pengambilan Tanah
I) Pembelian Tanah Daripada Orang Perseorangan, Syarikat dan Perbadanan

5.2
CAWANGAN PENTADBIRAN
5.2.1
Fungsi Unit Keselamatan

 

 

 

a) Pengwartaan Kawasan dan Tempat Larangan Di Bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 ( Akta 298)
b) Personal Pengawal Keselamatan (Latihan Kepolisian / Urusan Tatatertib dan Disiplin)
c) Keselamatan Lawatan VVIP
d) Urusan Keselamatan Lalulintas Di Kompleks Angkasapuri (Kunci Kenderaan)
e) Urusan Penerimaan Pelawat Di Kompleks Angkasapuri
f) Urusan Persenjataan
g) Pembangunan Sistem Pengurusan Keselamatan Komputer Bersepadu (Akses Sistem, Time Management System dan CCTV)
h) Pas Keselamatan

6. PIAGAM PELANGGAN

 

bulletkhutbah.gif

Melaporkan pembaikan kerosakan bangunan dan kawasan peralatan kenderaan dan sebagainya dalam jangkamasa 1 hari daripada tarikh laporan diterima.

bulletkhutbah.gif

Proses menguruskan tempahan kenderaan dalam jangkamasa 1 hari dari tarikh permohonan diterima.

bulletkhutbah.gif

Proses menyediakan fail-fail terperingkat / terbuka di dalam simpanan dalam jangkamasa 1 jam dari tempoh permintaan diterima.

 

bulletkhutbah.gif

Proses menguruskan perakuan pelupusan dalam jangkamasa 2 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

bulletkhutbah.gif

Mengemukakan permohonan hak milik tanah kepada pesuruhjaya Tanah Persekutuan setelah semua maklumat diperolehi dalam jangkamasa 1 bulan dari tarikh menerima permohonan dari jabatan / agensi di bawah Kementerian.

bulletkhutbah.gif

Pengeluaran pas lawatan dalam masa 5 minit dari tempoh penyerahan kad pengenalan pelawat.

 

bulletkhutbah.gif

Pengeluaran pas lawatan tetap, sementara dan pelekat kenderaan dalam jangkamasa 2 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.

bulletkhutbah.gif

Proses menguruskan permohonan keluar negeri bagi urusan rasmi dalam masa 1 minggu daripada tarikh permohonan lengkap diterima.

bulletkhutbah.gif

Proses menguruskan tiket kapal terbang dalam masa 2 hari selepas permohonan lengkap diterima.

bulletkhutbah.gif

Proses menguruskan bil-bil pembayaran dalam masa 14 hari selepas semua maklumat lengkap diisi.

bulletkhutbah.gif

Mengemukakan maklum balas ke bahagian ini dalam tempoh 7 hari jika perkhidmatan yang diberi tidak memuaskan.

Kali terakhir dikemas kini : 30 Oktober 2009