Carian 
 Saiz Teks   Pilihan Warna        Kurang Upaya W3C  Pilihan Bahasa
Bahasa Lain   
 

Bhg. Dasar Khazanah Dan Warisan Negara

FAUZIA SABIRI
Setiausaha Bahagian
Tingkat 34, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50694 Kuala Lumpur
Tel:   03-2612 8260/8283
Faks: 03-2697 3646

CARTA ORGANISASI

carta_dasarkhazanah_bm
Klik di sini untuk paparan lebih jelas

 
1. LATAR BELAKANG BAHAGIAN
 

Bahagian Dasar Khazanah dan Warisan Negara telah ditubuhkan pada 10 April 2009 seiring dengan pewujudan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Bahagian ini diletakkan di bawah Sektor Kebudayaan yang diterajui oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan).

2. OBJEKTIF
  2.1
Membangun, menyemarak dan merakyatkan seni, budaya dan warisan.
  2.2
Membangunkan seni, budaya dan warisan sebagai industri kreatif negara yang dapat menyumbang kepada ekonomi negara.
  2.3
Menyebarluaskan produk seni, budaya dan warisan ke peringkat global ke arah merealisasikan Malaysia sebagai hub seni, budaya dan warisan di rantau Asia.
  2.4
Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat terhadap khazanah warisan.
3. FUNGSI BAHAGIAN
3.1
BIDANG DASAR
a)
Memastikan dan memantau pelaksanaan Akta Warisan Kebangsaan 2005.
b)
Memantau penguatkuasaan Akta Warisan Kebangsaan 2005.
    c) Memastikan dan memantau pelaksanaan lain-lain akta yang berkaitan seni dan warisan.
    d)
Memastikan pemeliharaan dan pengekalan seni, budaya dan warisan.
    e)
Merangka, menyediakan dan menyelaras cadangan kertas dasar Kementerian berkaitan khazanah dan warisan.
    f) Merancang, menyelaras, mengemaskini dan memantau pelaksanaan dasar khazanah warisan negara.
    g)
Menentukan, menyelaras dan memantau pembangunan seni, budaya dan warisan selaras dengan kehendak Rancangan Malaysia Ke-10.
    h)
Menjalankan kajian berkaitan pembangunan seni, budaya dan warisan.
    i)
Menjalankan kajian dan memantau pelaksanaan, penambahbaikan, perkhidmatan, prosedur-prosedur berkaitan seni, budaya dan warisan.
3.2

PENGURUSAN DAN KEURUSETIAAN

   
a)
Mengurusetiakan Mesyuarat Pasca-Kabinet KPKK.
    b)
Mengurusetiakan Mesyuarat Panel Penilai Sektor Kebudayaan.
    c)
Mengurusetiakan Mesyuarat Penyelarasan Antara Agensi berkaitan bidang warisan.
    d)
Menyediakan maklum balas Mesyuarat Jemaah Menteri/Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri/Mesyuarat Ketua Setiausaha.
    e)
Menyediakan jawapan Parlimen.
    f)
Menentukan dan menyelaraskan segala hal yang berkaitan dengan kewangan dan pentadbiran bahagian.
4. PIAGAM PELANGGAN

 

4.1

Menyediakan kertas Jemaah Menteri dalam masa sebulan.

4.2

Menyediakan dan mengedarkan minit mesyuarat Pasca-Kabinet Kementerian dalam tempoh 3 hari dari tarikh mesyuarat.

4.3

Mengedarkan keputusan Panel Penilai Sektor Kebudayaan dalam tempoh 3 hari dari tarikh kelulusan.

Kali terakhir dikemas kini : 29 Oktober 2009