Setiausaha Bahagian
Tingkat 3, Wisma TV,
Angkasapuri,
50610 Kuala Lumpur,
Tel: 03-22887142
Faks : 03-22836278
Klik untuk paparan lebih jelas
| 1. | VISI |
|
| Menjadi agensi pengurusan perakaunan dan kewangan dengan penuh akauntabiliti. | ||
| 2. | MISI |
|
| Memastikan semua urusan bayaran, pungutan dan penyediaan laporan dibuat dalam tempoh yang telah ditetapkan supaya dapat memuaskan hati pelanggan |
||
| 3. | OBJEKTIF |
|
| Memberi khidmat sokongan dalam urusan bayaran dan pungutan supaya program dan aktiviti Kementerian dapat mencapai objektifnya. | ||
| 4. | DASAR KUALITI |
|
| Komited dalam menguruskan perakaunan dan kewangan Kementerian dengan penuh akauntabiliti selaras dengan peraturan dan undang-undang yang berkaitan. |
||
| 5. | MOTO |
|
| Kecepatan dan Ketepatan Bayaran Adalah Keutamaan Kami. | ||
| 6. | SLOGAN |
|
| Cepat, Tepat, Mesra dan Amanah. |
||
| 7. | PIAGAM PELANGGAN | |
| 7.1 | Memproses pembayaran yang dibuat secara manual dan elektronik dalam tempoh 14 hari dari tarikh ianya diterima setelah semua prosedur dipatuhi |
|
| 7.2 | Menyemak dan meluluskan Penyata Perubahan Gaji (SG 20) yang lengkap dengan dokumen sokongan dalam tempoh 3 hari dari tarikh ianya diterima daripada pusat tanggungjawab (PTJ) supaya pembayaran gaji bulanan kakitangan dibuat pada tarikh yang ditetapkan dan tidak lewat daripada 25 hari bulan |
|
| 7.3 | Mengesah dan meluluskan Sijil Gaji Akhir dalam masa 2 hari dari tarikh permohonan diterima |
|
| 7.4 | Menyemak dan mengesahkan kira-kira wang tunai setiap pusat tanggungjawab dalam masa 5 hari |
|
| 7.5 | Membuat naziran eSPKB bagi setiap pusat tanggungjawab (PTJ) dan penyediaan laporan naziran dalam tempoh 14 hari |
|
| 7.6 | Memproses permohonan pendahuluan diri dan pendahuluan pelbagai dalam tempoh 2 hari dari tarikh ianya diterima lengkap. |
|
| 7.7 | Memberikan khidmat nasihat mengenai Sistem Perakaunan dan Kewangan kepada Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Penerangan Malaysia dalam tempoh 1–2 hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima. |
|
| 7.8 | Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan Kementerian dengan tepat dan lengkap untuk Pengurusan pada setiap tahun dalam tempoh 14 hari. |
|
| |
||
|
Kali terakhir dikemas kini : 04 Februari 2010 |
||


